BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 15 May 2011

Topologi bas





Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang, yang 
menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu barisan.



Penghantaran Isyarat

Data dalam rangkaian berada dalam bentuk isyarat elektronik, ia dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam tempoh satu masa.

Selain itu, ada juga faktor lain yang mempengaruhi kelajuan rangkaian, antaranya:Oleh kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka ini akan memberi kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan komputer dalam rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan menjadi semakin perlahan.
  • Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian.
  • Jumlah kekerapan komputer menghantar data.
  • Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian.
  • Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian.
  • Jarak di antara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian


Kelebihan

  • Mudah dilaksanakan
  • Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera)
  • Kos yang murah
  • Lebih efektif kerana menggunakan satu kabel
  • Kerosakan mudah dikesan


Kelemahan

  • Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
  • Panjang kabel dan bilangan komputer terhad
  • Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan

0 comments: